Join MultiplyOpen a Free ShopSign InHelp
MultiplyLogo
SEARCH
Blog EntryApr 8, '08 11:00 PM
for everyone

Aku malaslah bila orang tak reti nak maintain website diaorang. Aku terjumpa site khazanah makanan Johor ni tapi tunggang-langgang nyawa-nyawa ikan. Jadi sebelum dia gol terus, aku repair dan copy kat sini.

Botok-botok


Sejenis makanan yang diperbuat daripada ikan bercampur kelapa, rempah dan pelbagai jenis herba yang dikukus dalam daun pisang. Botok-botok ialah makanan asli orang Johor.

Rempah yang digunakan ialah Ketumbar, cili kering, kunyit, jintan putih, jintan manis dan lada putih. rempah ini dicampur serai, lengkuas, halia, bawang merah dan bawang putih. Selain itu digunakan juga kelapa parut yang digoreng, santan, asam jawa, gula pasir dan belacan.

Antara herba yang digunakan termasuklah Daun kaduk, cekur, daun kesum, selasih, bebuas, limau purut, daun mengkudu dan daun ubi muda.

Botok-botok yang telah digaul biasanya dikukus selama dua jam. Semakin lama dikukus semakin sedap rasanya. Cara lain membuat botok-botok adalah dengan merebus bahan bersama-sama santan selama 2 jam atau lebih. Pucuk ubi dan daun mengkudu dijadikan alas rempah botok-botok.

 

 



 


Bahan-bahannya:

  • 1 kg ikan tenggiri
  • 4 bungkus spagetthi ( dicelur)
  • 2 biji kelapa ( diambil santannya)
  • 11/2 biji kelapa (dibuat kerisik)
  • 30 biji cili merah (tumbuk)


Bahan-bahan kisar:

  • 600g udang basah (direbus)
  • 300g udang kering
  • 20 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan ketumbar
  • 1 camca jintan manis
  • 1 camca jintan putih
  • 2 cm lengkuas
  • 4 tangkai serai
  • 1 cm halia
  • Garam secukup rasa


Bahan ulam:

  • 600g taugeh
  • 300 g kobis
  • 2 biji timun
  • 3 biji bawang besar
  • 20 helai daun
  • Selasih sedikit daun kesum, limau kasturi
  • Sedikit belacan

Cara membuat kuah

  1. Bersih ikan. Kemudian rebus ikan dan ambil isi ikan tersebut.Kisar ikan tersebut hingga hancur.
  2. Masak santan hingga pecah minyaknya. Kemudian masukkan cili yang di tumbuk lumat.Kacau sebentar.
  3. Masukkan bahan-bahan yang telah di kisar kedalam masakan tadi.
  4. Biarkan ia mendidih dan pecah minyak.Biar kuah mendidih.
  5. Apabila sudah masak bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Cara menyediakan ulam.

  1. Kobis, timun, daun selasih, daun kesum dan bawang besar dimayang halus.
  2. Limau kasturi dibelah dua. Tauge pula dibersih tetapi jangan dicelur.
  3. Masukkan semua ini ke dalam satu bekas.
  4. Boleh dihidangkan bersama dengan spagetthi dan kuahnya.

Nasi Bukhari

 


BAHAN NASI:

- 2 kg Beras Maharani direbus dengan air rebusan yang mengandungi bawang putih, halia, garam dan rempah tumis hingga 3/4 masak
- 1/2 kg bawang besar dimayang dan digoreng hingga kuning
- 200g daun ketumbar dicuci dan dihiris 1 inci
Mulalah lapis nasi, daging yang sudah masak, bawang goreng dan daun ketumbar masak atas dapur dengan api kecil hingga masak (20 minit)

BAHAN -BAHAN LAUK:

1 kg daging (dipotong 6)
4 biji bawang besar
1 biji bawang putih
2 inci halia muda
I sudu makan jintan manis
4 biji buah tomato
2 sudu makan tomato puri
4 sudu makan tomato sos
Sedikit rempah tumis dan ayam
4 biji telur rebus

CARA MEMBUATNYA:

Bahan 1-10 direbus masak semua hingga daging pecah minyak serta 200g kismis dan 200g gajus

Pecal Ayam

 


BAHAN-BAHAN:

  1. 1 ekor ayam
  2. 5 batang lada merah
    20 biji cili padi
    2 ibu jari belacan besar (dibakar hingga kuning)
    1 camca kecil garam
    1 camca kecil gula pasir
    Cekor sebesar ibu jari
  3. 1 biji kelapa

CARA MEMBUATNYA:

  • Ayam dipanggang hingga kekuningan dan disiat kasar dagingnya *tumbuk bahan B sehingga halus
  • Kelapa dibuang kulit ari dan dijadikan satu mangkuk sederhana santan pekat
  • Gaulkan bahan-bahan B dengan santan dan akhir sekali masukkan daging ayam siat. Jika suka taburkan dengan beberapa hirisan halus daun cekor supaya hidangan nampak lebih berkhasiat dan menarik (untuk lauk supaya tahan lebih lama, masakkan sekejap santan pekat tadi) lauk ini sedap dimakan dengan nasi putih.
  • Cekor dan daun cekor tinggi nilai atau khasiat perubatannya dan ia baik untuk kesihatan kaum wanita.

 

Sambal Ikan

 


BAHAN-BAHAN:

6 ekor ikan kembung
1 biji kelapa (ambil santannya)
2 sudu makan jintan manis
1-2 asam keping
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN UNTUK DIKISAR:

10 batang lada kering
4 batang serai
3cm halia
10 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

 

CARA MEMBUATNYA:

  • Ikan dibersihkan, rebus dan ambil isinya (gunakan sedikit air sahaja)
  • Isi ikan tadi dikisar dengan santan
  • Jintan manis dicuci dan digoreng kering, selepas itu dikisar bersama-sama asam keping, garam dan gula secukup rasa.
  • Jerang di atas api dan kacau selalu hingga kering dan kuning warnanya.
  • Keluarkan asam keping.
  • Boleh dimakan bersama pulut cawan dan dijadikan inti untuk pulut panggang dan sandwich.

Seri Kaya

 


BAHAN-BAHAN:

1 biji labu yang agak tua sedikit (sedang besar)
4-5 butir telur
150g gula pasir
280ml pati santan pekat
4-5 helai daun pandan (dipotong kira-kira 4 cm panjangnya)

CARA MEMBUATNYA:

  • Bentuk labu dijadikan bahagian atasnya seperti tudung. Bersihkan, buang biji dan mempelor dalamnya.
  • Ramas gula, telur, daun pandan sehingga pekat dan berbuih. Masukkan santan, tapis dan masukkan ke dalam labu tadi. Kukus labu. Jangan ditutup tapi kukus bersama tudungnya.

Tanduri Murghi

 


BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam dipotong pada 4 bahagian dan dicucuk dengan garpu
1 ulas bawang putih
1 inci halia muda dicincang
1 batang lada hijau
1 sudu besar air
4 sudu besar yogurt
1 sudu teh serbuk jintan.
1 sudu teh paprika
1 sudu teh garam.
2 sudu besar ghee yang dipanaskan.
*Persediaan memasak -

20 minit dan 5-6 jam diperap

*Waktu memasak -11/4 jam
*Hidangan untuk 4 orang.

CARA MEMBUATNYA:

  • Ayam dibuang kulit, dipotong kepada 4 bahagian dan dicucuk dengan garpu untuk meresapkan perahan lemon dan peraplah dalam mangkuk pyrex untuk selama 1/2 jam. Kisar halus bawang putih, halia, lada hijau dan sedikit air. Campurkan yogurt, serbuk jintan manis, garam masala, paprika, garam dan ghee. Gaul kesemuanya sehingga rata dan curahkan pada ayam. Perap pada suhu biasa selama 5 jam dengan digaul dua atau tiga kali. Bakarlah menggunakan periuk tanah yang menggunakan arang atau oven dengan suhu 170°C (360°F) untuk 1 3/4 hingga 2 jam. Renjis 2 atau 3 kali dengan baki rempah yang digunakan untuk diresap ayam tadi. Masaklah hingga ayam lembut. Boleh juga dimasak atas arang atau panggang di dalam oven. Hiaslah hidangan dengan potongan lemon dan bawang besar yang dihiris bulat. Bolehlah dihidangkan dengan roti nan dan yogurt.
Tanduri Masala

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam (31b) dibuang kulit dan dibelah dua memanjang
1 sudu besar halia cincang atau serbuk halia
1 sudu besar daun pudina dicincang (pilihan)
1 sudu besar minyak sayur atau minyak jagung
2 sudu besar cuka
2 sudu dan 1 sudu kecil spice and flavour tandoori Masala
1 cawan yogurt atau krim masam
1 sudu besar daun ketumbar cincang (pilihan)
1/2 biji lemon dipotong 4 atau 6
1 biji bawang besar dihiris bulat

REMPAH SERBUK:

-paprika
-lada merah
-kunyit
-kulit kayu manis
-cengkih
-pelaga
-lada hitam
-halia kuning
-jintan

CARA MEMBUATNYA:

  • Bersihkan ayam dan kelar sedikit di bahagian dada dan peha. Di dalam mangkuk yang besar, campurkan halia, bawang putih, pudina, minyak tandoori masala. Masukkan yogurt atau krim masam, garam dan peraplah ayam ke dalamnya dan simpan di peti sejuk untuk 4 -6 jam. Panaskan oven ke suhu 400°C. Susun ayam dengan bahagian dada ke dalam dulang pembakar. Tutup dengan kertas aluminium dan panggang untuk selama 20 minit. Campurkan baki minyak dan tandoori masala, renjislah kepada ayam yang sedang dimasak. Kecilkan suhu oven dan terus masak antara 10-15 minit atau sehingga ayam menjadi lembut. Hiaslah dengan daun ketumbar, lemon dan bawang besar. Hidangkan semasa panas sebagai pembuka selera atau hidangan khas bersama roti nan atau sayur yang direbus atau dikukus.

Telur Pindang

BAHAN-BAHAN:

50 biji telur (Gred B)
2 bungkus ketumbar
jintan manis
Serai (RM 1.00)
Lengkuas (50 sen)
2 keping daun salam
Secekak daun jambu muda
2 cekak daun senduduk
1 botol kecil kicap manis (cap Kipas /Cap Ayam)
Kulit bawang putih dan
Bawang merah
1 bungkus (50 sen) garam kasar
1 Bungkus asam jawa

CARA MEMBUATNYA:

  • Susun telur berselang seli dengan bahan-bahan yang di atas, rebus dengan api yang sangat perlahan selama dua hari satu malam supaya serasi dan mesra rasanya supaya telur tidak mudah pecah.

malangnya webpage laksa johor tidak dijumpai


serina24 wrote on Apr 14, '08
Thank you so much, my friend. I'm also a Johorian and am always looking for original Johore recipes. I will try the recipes here whenever I m free. Cheers to you!
malfianm wrote on Apr 14, '08
Your are welcome..if you refer to my blogspot site, you will find links to various other states cuisines..I am trying to maintain a cuisine bank of traditional recipes..

the bad thing about this Johor site is that the posting on Johor Laksa recipe is totally unsalvageable..
nunwawro wrote on Jul 14, '09
tq so much.besar pahalanya berkongsi ilmu...i pernah buat botok2 tu. pernah gak tanam daun bebuas.tapi dah mati dan terputus bekalan. i bdoa suatu hari nanti terjumpa jua.. i berazam, anak2 dan cucu kita mesti diajar memasak resepi tradisi negeri kita...bukanlah taksub sangat tapi kerana ianya sangat istimewa...tkasih sekali lagi...
Add a Comment